twitter
    Follow Us on Twitter :)

Monday 22 August 2011

Juruterbang tanpa tangan (Jessica Cox)





Jessica Cox dilahirkan pada tahun 1983 di Arizona adalah merupakan juruterbang tanpa tangan pertama di dunia. Dilahirkan tanpa tangan disebabkan kecacatan ketika lahir, semua itu tidak menghalang Jessica Cox untuk mencapai cita-cita yang dirasakan mustahil oleh sesetengah orang. Mempunyai semangat juang yang kuat. 





Wanita ini juga adalah merupakan wanita pertama yang tidak mempunyai tangan tetapi berjaya mendapatkan tali pinggang hitam pertama dari Persatuan Taekwondo Amerika. Perjuangannya untuk mendapatkan lesen penerbangan penuh onak dan ranjau dan beliau terpaksa mengambil masa sehingga tiga tahun untuk mendapatkan lesen tersebut, berbanding 6 bulan sahaja bagi pelajar biasa. Namun berkat kegigihannya, pada 10 oktober 2008, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerbangkan pesawat ringan pada ketinggian 10,000 kaki. 



Tidak seperti manusia normal yang lain, Jessica mampu memamdu kereta ( kereta yang tidak diubahsuai), menaip di atas keyboard ( 25 perkataan seminit) bahkan memakai sendiri kanta lengkap menggunakan kaki, tanpa bantuan orang lain! Wanita tabah ini juga memiliki lesen Scuba, memiliki ijazah Psikologi dari University of Arizona dan mempunyai pekerjaan tetap sebagai Motivator.
Hebat kan Jessica Cox ni? Mari sama-sama contohi ketabahan wanita ini J





Nora Essential


Nora Essential Breath Spray


Testimoni Nora Essential

0 comments: