twitter
    Follow Us on Twitter :)

Wednesday 17 August 2011

10 Sebab tentang Apa yang Best Raya tahun nih?

Assalamualaikum. Bulan puasa nih camne semua? OK tak? Admin OK setakat nih. OK OK, berbalik pada soalan kita tadi, APA YANG BEST RAYA TAHUN NIH? atau RAYA TAHUN NIH, APA YANG BEST PADA KORANG? atau, APA YANG MENYEBABKAN KORANG BERIYA-IYA SEMANGAT RAYA TAHUN NIH?


Sebelum kita cerita panjang tentang raya, bagi umat islam, jom kita muhasabah dulu:
1) Puasa korang cukup?
2) Terawih ada miss tak?
3) Sedekah camne?
4) Zakat?

Okkkkk, skang nih baru boleh cerita tentang raya. Admin nak tanya, raya tahun nih apa yang best bagi korang?

1) Adakah baju raya paling glemer berbanding raya-raya sebelum nih?

2) Adakah raya tahun nih, adalah first time korang beraya dengan husband or anak yang baru lahir tahun nih?

3) Adakah raya tahun nih, adalah first time korang beraya di rumah mak mertua atau bapak mertua?

4) Adakah korang beli mercun dan bunga api, sekaligus korang rasa excited untuk mengulangi zaman kanak-kanak anda?
5) Adakah korang tak sabar nak tengok cerita cerita ataupun drama drama yang bakal ditayangkan di televisyen tempatan? Contoh: Rendang Raya, Hantu Kak Limah Pulang Beraya, Ketupat Lipat dll

6) Adakah korang buat kuih raya sendiri pada tahun nih? Menyebabkan korang rasa bersemangat dan hepi sangat nak raya tahun nih? Dengan alasan, tak sabar nak tunjuk kuih muih or cookies or kek yang korang buat sendiri?

7) Adakah korang rasa korang akan dapat duit raya yang banyak pada tahun ini, memandangkan semua adik beradik korang dah mula bekerja pada tahun ini?

8) Adakah korang dah planning nak beraya sakan ke rumah kawan-kawan, cikgu cikgu lama, rumah bakal mak mertua yang menyebabkan korang tak sabar nak tunggu hari raya?

9) Adakah korang beraya dengan kereta baru pada hari raya ini? Dengan sebab korang niat nak tunjuk kereta baru kat orang bila pergi raya nanti?

10) Adakah korang tak sabar nak beraya dengan sebab korang tak sabar nak dengar takbir hari pertama di Aidilfitri? Dan juga solat sunat Hari Raya Aidilfitri? ;)

Akhir kata, walau apa pun sebab "Kenapa dan Mengapa korang semangat nak berhari raya", admin ucapkan selamat berhari raya. Kalau ada point-point yang BEST JUGAK, sila komen ye. Nanti admin tambah. ;)






Nora Essential


Nora Essential Breath Spray


Testimoni Nora Essential

0 comments: